L.o.v.e_U

Ahad, 20 Februari 2011

Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam

LONDON - Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu.

Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah.

Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala.

Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam.

Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet.

Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan.

Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti.

Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan.

"Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin.

Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas.

Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin, prosecco.







Created by:


KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Khamis, 10 Februari 2011

KIM HEECHUL dan LEETEUK anggota Super Junior Kemalangan










KIM HEECHUL dan Leeteuk yang merupakan anggota kumpulan terkenal Koerea,Super Junior terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tujuh buah kereta di Singapura baru-baru ini.

Semuanya berlaku apabila mereka dikerumuni ramai peminat sebaik tiba di lapangan terbang.Tidak berakhir di situ,peminat fanatik telah mengejar van menuju ke hotel yang dinaiki mereka.

Malang tidak berbau apabila salah satu kereta yang mengejar van mereka telah terlanggar belakang van yang dinaiki Heechul dan Leeteuk menyebabkan kemalangan yang pertama.

Selepas itu,lima buah kereta yang mengejar van tersebut turut berlanggar antara satu sama lain.Kedua-dua penyanyi itu mengalami sakit belakang tambahan mereka berdua pernah terlibat dalam beberapa kemalangan sebelum ini antaranya pada april 2007 sehingga menyebabkan salah seorang anggota Super Junior,Kyuhyun berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum itu pada Ogos 2006,Heechul juga terlibat dalam kemalangan yang memerlukannya berada di hospital selama 12 minggu.Super Junior berada di Singapura pada 28 sehingga 30 Januari lalu kerana mengadakan konsert Super Show3 di sana.
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Selasa, 8 Februari 2011

Cara Menghilangkan Kelemumur

Ini ada lagi tips nak tell bagitau.
Iaitu cara hilang kelemumur..
walopun dah ramai yang taw,tp aku nk bgtau jgk utk panduan aku sendiri.:)


Firstly kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis sehingga lumat.




Kemudian tapis dan ambil patinya untuk disapukan pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu.
Gosok rata-rata and dan biarkan selama 15 minit.
Lastly, bilas dengan air biasa sehingga bersih.Amalkan dua kali seminggu ke.
Try lah cuba cara camni if kalo rambut korank masih ada kelemumur ke.Okay~!
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Cara Kilatkan Kuku Kaki




Begini caranya.First korank buang kulit bawang putih dan potong dua.Then gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat.Lepastu korank ulanglah selalu sehingga korank benar2 puas hati..~
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...