L.o.v.e_U

Khamis, 10 Februari 2011

KIM HEECHUL dan LEETEUK anggota Super Junior Kemalangan










KIM HEECHUL dan Leeteuk yang merupakan anggota kumpulan terkenal Koerea,Super Junior terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tujuh buah kereta di Singapura baru-baru ini.

Semuanya berlaku apabila mereka dikerumuni ramai peminat sebaik tiba di lapangan terbang.Tidak berakhir di situ,peminat fanatik telah mengejar van menuju ke hotel yang dinaiki mereka.

Malang tidak berbau apabila salah satu kereta yang mengejar van mereka telah terlanggar belakang van yang dinaiki Heechul dan Leeteuk menyebabkan kemalangan yang pertama.

Selepas itu,lima buah kereta yang mengejar van tersebut turut berlanggar antara satu sama lain.Kedua-dua penyanyi itu mengalami sakit belakang tambahan mereka berdua pernah terlibat dalam beberapa kemalangan sebelum ini antaranya pada april 2007 sehingga menyebabkan salah seorang anggota Super Junior,Kyuhyun berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum itu pada Ogos 2006,Heechul juga terlibat dalam kemalangan yang memerlukannya berada di hospital selama 12 minggu.Super Junior berada di Singapura pada 28 sehingga 30 Januari lalu kerana mengadakan konsert Super Show3 di sana.
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tenkiu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...