Asssalamualaikum w.b.t
Hari ni dah hari ke 30 ramadhan.Bermakna esok dah RAYA!!! Syukur dipanjatkan kepadaNYA kerana kita masih lagi hidup di muka bumi ini.Rasanya baru semalam saja berpuasa,tup2 esok dah nak raya.Tahun ni memang mood nak beraya tu kurang sikit sebab banyak benda nak kena pikir lepas raya tu termasuklah assignment yang ditinggalkan oleh lecturer.Saya pulang ke Perak pada hari ahad minggu depan.Hari isnin tu ada TEST!Bayangkan betapa apalah yang nak distudykan untuk minggu raya ni.
Mak aih ,oke ain akan try lupakan benda itu untuk sementara waktu .Sebab bila ditanya kengkawan sama ada sudah siap ke belum jawapannya masih belum dan apatah lagi untuk pegang buku.HAHAH.Dasyatnya bahang raya.Tak sabar nak makan rendang yang dimasak oleh kak ipar saya ni.Dah terkecur air liur rasenya masa tengah menaip ni.Menaip sambil membayangkan keenakan rendang memang membuatkan saya terkecur.Hihi.Lepas tu tak leh nak bayangkan kebisingan bunyi berbagai-bagai jenis mercun yang berbunyi di sana-sini.Paling syok tengok mercun stadium.Wahh membawa seribu makna bagi saya.Tak lupa juga sebelum nak raya tu berbagai-bagai kad raya yang ada.Sekarang ni zaman dah maju jadi dah ramai yang tak menggunakan cara tradisional.Sekarang ramai yang menghantar ucapan hari raya dengan menggunakan Facebook,Twitter,Sms,Blog dan sbg.Harap-harap cara tradisional nanti tidaklah terkubur begitu sahaja.
Kad raya di bawah ni saya tujukan khas kepada follower blog saya.
Ucapan: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN .!
Mood: asyik dapat kad raya digital je..bila lah kad raya ori nak sampai . -_-
SALAM SYAWAL,
Nurin Nuraen
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tenkiu :)