L.o.v.e_U

Sabtu, 12 Mac 2011







Gempa Bumi yang terjadi hari ini, pukul 2.46 petang tadi adalah yang terburuk dalam sejarah Jepun dengan 8.9 skala richter telah mengakibatkan tsunami besar setinggi 10 meter (besar tuh!!) di Sendai, Jepun. Gelombang air berlumpur melanda seluruh kawasan di Sendai, Jepun termasuk Lapangan Terbang Tokyo. Gempa bumi dan Tsunami ini juga mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun itu. Ramai orang terkandas di stesen keretapi dan banyak premis/bangunan putus bekalan elektrik. Banyak kapal, kereta dan rumah dihanyutkan dan kebakaran menjadi tidak terkawal.

Sehingga kini, Polis Jepun mengesahkan 200-300 mayat ditemui dan mungkin meningkat. 531 dilaporkan hilang dan 627 mengalami kecederaan.



Terkini mengenai rakyat Malaysia di Jepun:

3 kawasan dikenalpasti, Miyagi, Iwate, dan Aomori. Seramai lebih kurang 100 sebahagian besar merupakan pelajar. Mereka dikatakan selamat dan ditempatkan di pusat evakuasi di sana. Duta Besar Malaysia di Jepun - Datul shahruddin Md Som.

Keluarga mangsa gempa bumi Jepun diminta hubungi Wisma Putra - MyMetro

KUALA LUMPUR: Wisma Putra meminta rakyat Malaysia mempunyai ahli keluarga di Jepun supaya menghubungi pihaknya bagi memeberikan maklumat mengenai kedudukan mereka di negara matahari terbit yang baru dilanda gempa bumi dan tsunami itu bagi memudahkan sebarang bantuan diberikan.

Jurucakapnya berkata, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 4570, 03-8887 2746, 03-8889 2830, 03-8887 4770, 03-8889 2380, 019278 4566 atau melayari www.kln.gov.my.

Harap kejadian yang menimpa di Jepun dan di New Zealand (bulan lalu) memberi kesedaran kepada kita semua. Doakan Malaysia tidak ditimpa malapetaka ini dan harap semuanya selamat di Jepun. takziah kepada keluarga mangsa.
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

4 ulasan:

  1. kuasa Allah mngatsi sgala nyer kn..... :).....

    BalasPadam
  2. iyup yunk..tpi tsunami kt acheh lbih trok agy:)

    BalasPadam
  3. acheh la..tgl msjid saje acheh tu kan..jpun ade lg bgunan laen.huhu

    BalasPadam

Tenkiu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...