L.o.v.e_U

Sabtu, 30 April 2011

Tip Buang Rasa Tak Bermaya

Assalamualikum..^_^

Eh ni apa hal pula ni?macam orang yang tak makan nasi sebulan je nik?Anda pasti pernah rasa macam tak bermaya,tak bertenaga,tak bersemangat dan rasa malas gitu.Betul tak?Memang kadang-kadang kita akan rasa begitu walaupun sekali dalam sebulan.hahah?yeke.

Kalau sekali dalam sebulan rasa gitu,kira normal lah.Tapi kalau sekali dalam sehari tu mak aiih tak payah cakap,dah sah memang pemalas.Okay,sini saya nak kongsikan tips sedikit:

* Mandi dengan cara yang betul.Macam mana yang dikatakan cara yang betul tu?Mandi dengan membasahkan kaki dulu sebelum bawa air perlahan-lahan hingga ke kepala.Mandi cara ni ,insya-ALLAH aura jadi okey.



* Pakai pewangi.Tapi jangan pula pakai pewangi yang kuat baunya sampai pengsan orang sebelah,pakailah pewangi yang tidak terlalu menusuk atau boleh diterima secara majoriti .





Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-7 pada 11-12 April 1984 telah membuat keputusan   seperti berikut:

"Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol adalah harus dan dimaafkan."

* Kemudian sentiasa buat pernafasan jika rasa tidak bermaya.Caranya tarik nafas dalam-dalam selama  kira-kira tujuh saat.,simpan di dalam dada kira-kira tujuh saat dan lepaskan kira-kira tujuh saat.

                 bersenam pun boleh juga >>^

Buat tiga perkara ni.Selalunya hari anda yang tak okey tu akan menjadi okey.Jangan rasa malas juga untuk lakukan ini,kalau ini pun malas,alamat memang tak ke mana la.Jadi bila dah bersemangat,tentunya nak belajar pun rasa okey kan~!

                                          haa,,nampak bersemangat kan.. ('_x)

okay itu saja.sekian.
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Jumaat, 29 April 2011

Kenapa awak lain sekarang?


Assalamualaikum.




Malam tadi aryin rasa macam satu kepelikan melanda aryin.Pelik tu sebab dulu lain sekarang lain.yalah,manusia sentiasa ada perubahan.Cuma perubahan tu yang ke arah positif atau negative.Sebenarnya perasaan pelik ini telah lama melanda aryin,Cuma malam tadi aryin baru dapat satu kepastian yang ianya memang satu perkara yang selalu dilakukan olehnya.Bukan hendak berkata apa-apa,Cuma kita ni janganlah terlalu taksub dengan kecerdikan orang,kalau diri ini sendiri usaha tak seberapa.Saya tahu saya juga usaha tak seberapa sangat,tapi saya tak pernah terlalu taksub dengan kecerdikan seseorang.Walhal bff saya merupakan seorang diantara yang cemerlang di sekolah tapi saya tak pernah nak gunakan dia untuk tujuan meniru.lebih baik daripada dia yang selalu meniru dengan memasukkan buku atau nota atau tulisan di tangan  ke dalam dewan.Cop,bukan hendak menuduh tapi benda ini telah dilihat sendiri oleh seseorang bahkan cikgu yang bertugas juga melihatnya.Sudah balik kepada cerita asal,ya memang aku lihat dia sangat baik semenjak dua menjak ni dan tak lupa juga seseorang yang tak berubah sejak dulu lagi,terasa ‘extraordinary person’ lah konon dengan kita.tak apa,sabar sahaja.yang penting allah akan sentiasa berada di sisi orang yang sabar.nak cerita panjang takut ada yang terbaca terguris hati.maaf dipinta walau bukan di hari raya,sebagai sahabat anda ingatlah kejayaan tak ditentukan dengan hanya bersikap terlalu memilih kecerdikan seseorang dan tak juga bahan-bahan yang ditiru semasa peperiksaan,tapi ditentukan dengan usaha dan doa yang diiringi dan mengiringi.Renung-renungkanlah.Senyum tak perlu kata apa-apa.Sekian.:)

KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Contest Natural Beauty -Abang Stalker

Assalamualaikum..^^

tadi masa saya tengah berbloging saya telah diberitahukan oleh sis qi dalam shoutbox saya yang saya di tag.
Jadi melihatkan contestnya sangat menarik hati,saya dengan sukacitanya ingin menyertai contest ini.




Syarat-syaratnya sangat mudah:

*wajib follow blog abang stalker...<<done follow u..^^
*harus mempertandingkan satu gambar
       PEREMPUAN:tanpa make up.
       LELAKI:suci dan jelas.
*buat satu entry 'contest natural beauty' dan letakkan banner di en3 dan sidebar.

dan ini gambar yang saya ingin letakkan..







                                              gambar yang tak diedit dan tak de make up.

okay.semuanya sudah done.:)
eh,belum lagi,,lupa nak tag pulak..hee..ok,tag:
        sis qi
        pwincess mia
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Selasa, 26 April 2011

Blog saya ni berat ke?


Assalamualaikum . .(^_^)

Hye semua.

Entri kali ni cik aryin nak tanya sikit mengenai blog cik aryin yang tak seberapa dengan blog kalian.Bukan apa,sudah banyak yang memberi  komen tentang blog aryin ni.Ni antara contoh-contoh yang bagi komen tentang blog saya.

Komen 1: taik..blog berat nak mampus. Delete jelah widget yang tak perlu.zzzz..<<(sampai hatinye cakap taik..T_T)

Komen 2:saya rasa blog awak ni berat lah.<<(yang ni boleh tahan kalau nak komen pum)

Komen 3:saya memang nak masuk sangat-sangat blog awak,tapi jem lah.beratnye blog awak.saya rase sebab ada orang kat atas..<<(mengutuk aku ke ape tu ea?berat sangat ke saiz saya ni?..T_T)

Tapi tak lah semua komen yang saya terima sepanjang berblog ni yang negative sahaja.Malah ada juga yang positif.Ini antara komen positif yang saya terima.

Komen 1:cantik blog ain.pandai ain design.<<(hihi..ada juga yang puji blog ni.terima kasih.^^)

Komen 2:eh,lawa blog mu.nanti tulum buat kan aku yep..<<(^^..boleh saje,,tapi setakat yang saya tahu.)

Seterusnya aku juga sempat pergi menemuramah kawan aku tentang blog aku.ada yang kata “blog awak tak adalah berat sangat pum.biasa-biasa saja.dont worry”..<<trimass..T_T

Nak diceritakan dekat sini memang tak habis,panjang pula.jadi kepada sesiapa yang baik hati,sudi lah kiranya memberi komen tentang blog saya ni  sama ada berat atau biasa-biasa saja.Sekian.

KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Jumaat, 22 April 2011

Contest Blog Saya Smart

 


Syarat penyertaan contest nie mudah jew..



1. wajib follow blog nie..http://unknonymous.blogspot.com


2. terbuka kpd semua owg k...


3. buat satu entry mengenai contest nie n tag kpd 4 owg..x kisah laa sapa pown


4. last sekali...tinggalkan link kowg dkt comment box bwh entry nie


Info :


Tempat pertama akan menang RM 150


Tempat kedua lakk RM 100


Tarikh tutup 20 Mei 2011..tarikh nie x akan di ubah...


tag: 
*sis qi

*luqman hakim
*mia
*fiqah

 okay ,ni percubaan pertama aku join contest.hahah,,xtaw dpt mng ke x,yg penting try kan walopon blog aku ni x smart mane pum..excited sgt dgn twrn hadiah kot.hehe..ok,,itu saja,,bye
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Rabu, 20 April 2011

Tip Putus Cinta

"Putus cinta ya? Patutlah macam frust menonggeng aje." Ok di sini ada beberapa tip macam mana nak lalui hidup seandainya putus cinta.

1.Manjakan diri .Pergilah manjakan diri tu sikit.Pergi sauna ke,pergi shopping ke atau urut aromaterapi ke.Nak manja kat orang tak dapat,so pergi manjakan diri sendiri.

2.Cari orang dan berbual dengan orang.Jangan duduk diam aje.Jangan berkurung sorang-sorang dalam bilik.Pergi keluar dengar muzik yang rancak ke,barulah anda 'happy'.

3.Keluar dengan kawan-kawan.Kutuk sikit-sikit , nanti diorang pun kutuk-kutuk anda, lama-lama jadi lucu.Ha, kan boleh ketawa tu.

4.Perbaiki penampilan. Bina keyakinan diri menerusi solekan ringkas yang anda berikan pada wajah.Monyok tak ada untungnya .Ini untuk perempuan aje, yang lelaki sikat rambut la tak kan nak solek juga kot?.

5.Tak usah fikir nak cepat-cepat dapat orang baru.Cinta segera ni,macam mana segera datangnya,segera juga hilangnya.Rileks sikit dulu,(berehat bersama kit kat dulu ke,baru syok habis<<gurau aja.hehe.).rasai dan nikmatilah hidup seorang diri dulu sebelum berpasangan.Lepas dah ada pasangan kan stress pulak jadi nye.hehe.

6.Cari haiwan peliharaan.Contohnya kucing ke,hamster ke atau tikus mondok ke.Ape-ape sajelah asalkan yang boleh mengalihkan perhatian anda.

7.Tuliskan perasaan anda tu. Kalau boleh, biar sampai jadi novel.Boleh buat duit tu.poket pum berisi.hee

8.Last skali,pergi bersukan.Bersukan ni dapat lasakkan diri dan jiwa supaya turut menjadi lasak.Ha,kan bagus macam tu.

Okiee laa itu saja tips yang cik aryin nak share hari ni.
salam.

                        "build your motivation through love and through a breakup"
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Selasa, 19 April 2011

http://www.emocutez.com Kenapa mat rempit suka merempit?


Salam semua.

Hari ni aku nak bagi satu cerita sedikit.Cerita ni aku reka sendiri bagi memastikan moral of story sampai kepada semua.Jom bace nak~!

Si A  : Wei bro, jom la kiter lepak malam ni. Malam ni ade hadiah besar punyer kalo menang. Kau bukan tak
           tahu mamat poyo tu pandang kite camne??sebelah mata jer tahu.

Si B  : Ala kau ni. Malam ni tak boleh la. Parents aku ada kat rumah. Biase diorang mane nak ada kat rumah.
          Tetibe je ade kat rumah. Aku pun heran daa. Kang aku keluar semalaman aku kena pot pet.Adoii.

Si A  : Ek eleh lecehlah kau ni. Macam tu pun takut.Ko reka jelah citer paper pum. Yang penting malam ni
           kita mesti dapat jugak hadiah tu. RM8ribu tu. Pendek kata makan tak kenyang brader.

Si B  : 8 ribu??.Kau biar betul.Aku pun nak jugak.Eh ko jangan cakap camtu kat aku.Yelah nanti aku putar
          la.Beres bro,malam ni kite enjoy! Yahoo!!

Si C  : Haa..camtu lah baru cayook! Hahaha. Beres,malam ni geng kite buat yang terbaik punyer.cayalah!

***********************************************************************************

Tiba lah waktu yang dinanti-nantikan. Malam itu si A,B,dan C bukan main kepalang buat persiapan motorsikal mereka dengan menukar kepada enjin yang berkuasa tinggi. Beratus-ratus duit mereka habis sekadar untuk memebaiki motor mereka menjadi lebih baik.Nak diceritakan perlumbaan pada malam tu disertai oleh berpuluh-puluh mat rempit yang mahukan wang ganjaran tersebut.Perlumbaan itu bermula pada pukul 1pagi.Masa tu jalan raya tak se 'busy' waktu tengahari dan petang.Pendek kata perlumbaan pada malam tu berjalan lancar.Tiba-tiba masa si B nak memotong kereta datang sebuah lori dari arah yang bertentangan ke arah si B. Pemandu lori itu tidak sempat untuk menekan brek.Akhirnya si B jatuh tersungkur daripada motornya.Kepalanya berdarah dan badannya penuh berlumuran darah.Sesudahnya selepas beberapa orang ramai yang datang melihat akhirnya mendapati si B meninggal dunia. Subhanallah.

Jadi,pengajaran daripada kisah ini ialah:
* Sebagai anak kita janganlah bercakap bohong dengan ibu bapa kita.
* Janganlah sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata untuk mendapatkan wang.
* Kita seharusnya memilih siapa kawan kita supaya tidak terjebak dalam gejala negatif.
* Janganlah bersikap ego dan bangga diri kelak nikmat itu ditarik kembali.

Hah,panjang lebar 'moral' yang saya bagitau. Ape2 pum itu semua kita sudah tahu cuma sesetengah orang masih tidak menyedarinya. Sedarlah sebelum terlambat.Itu saja.Sekian.
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Isnin, 18 April 2011

Jom join Faceblog

salam 
mase aku blogwalking tadi tetibe aku jadi berminat untuk tekan butang fb yg warne pink ni.hehe..
walopon aku taw dah lame orang letak butang ni kat sidebar blog diorang tapi aku masih tak berminat.Jadi tetibe pulak aku rase berminat untuk join same jd ahli faceblog ni.haha!so,tunggu ape lagi jom la pakat join faceblog ni..oraits~!
Edit

KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Rabu, 6 April 2011

Awards dari rosejohari

hye ..first nk ucap tenks kat kak rosejohari sbb bg award kat semua follower die.hehe termasuk sy..ni sy dpt tau dr msj shoutbox sy td.sy ambil ltak dalam entry dulu yer..oraiit~~ \_(^_^)_/



  
p/s: jgn lupa bg award lg ye..he3
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Isnin, 4 April 2011

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010


Bintang Paling Popular 2010: Shaheizy Sam
 Artis Baru Lelaki Popular : Shahir
Artis Baru Wanita Popular : Ana Raffali
Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani
Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular : Sixth Sense
Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular : Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
Pengacara TV Lelaki Popular : AZnil Hj Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
Artis Komedi Lelaki Popular :   Zizan
Artis Komedi Wanita Popular : Nurkhiriah
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

TARIKH TEMUDUGA MAKTAB PERGURUAN 2011







Tajuk:Tarikh Baru Semakan Temuduga Maktab Perguruan
Tarikh Asal Semakan Temuduga : 4 April 2011
Tarikh Baru Semakan Temuduga: 11 April 2011
Cara Semakan: Online - http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm
Tarikh Temuduga : 18 April – 29 April 2011
Diharap maklumat ini boleh disampaikan kepada rakan-rakan yang memohon kursus perguruan ini.Terima kasih.

sumber:2dayblogger
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Ahad, 3 April 2011

PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA 2011









Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mempelawa warganegara Malaysia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti program pengajian peringkat Diploma di PPUM.
Program pengajian yang dijalankan secara sepenuh masa ini akan mengambil masa 3 tahun dan akan ditaja oleh Pusat Perubatan Universiti Malaysia sendiri. Oleh itu mereka yang berjaya menamatkan program pengajian diploma ini dikehendaki berkhidmat dengan PPUM selama 5 tahun.

Program Pengajian

Program pengajian yang ditawarkan adalah
  • Diploma Kejururawatan ( Diploma in Nursing)
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Diploma in Medical Laboratory Technology)
  • Diploma Radiografi (Diploma of Radiography)

Syarat Am

Syarat kelayakan am untuk memohon
  • Berumur di antara 18 hingga 30 tahun
  • Lelaki atau perempuan
  • Masih bujang
  • Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Syarat Akademik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
  • Bagi program Diploma Kejururawatan memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  • Bagi program Diploma Teknologi Makmal Perubatan memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
  • Bagi program Diploma Radiografi memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)

Cara Memohon

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara  online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my
  • Pemohon perlu mendapatkan ID PPUM berharga RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional)
  • Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  • Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.

Tarikh Tutup

  • Permohonan program diploma PPUM ini akan ditutup pada 10 April 2011.

Temuduga

  • Semakan panggilan temuduga boleh dibuat melalui laman web PPUM mulai 18 April 2011 hingga 30 April 2011.
  • ID PPUM boleh digunakan untuk membuat semakan temuduga.
  • Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga

Pendaftaran

  • Program pengajian ini dijangka akan bermula pada 4 Julai 2011.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya atau laman web permohonan program PPUM untuk maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang masalah semasa permohonan sila hubungi talian 03-79492099 / 03-79493210 / 03-79494240 atau e-mel : spp@ummc.edu.my’
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai progam, bagi Diploma Kejururawatan hubungi 03-79492098/ 2099, bagi Diploma Teknologi Makmal Perubatan hubungi 03- 79493267/ 03 – 79493305 dan bagi Diploma Radiografi hubungi 03 -7949 2524.
Sumber:Eputra

KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

PEMENANG BINTANG PALING POPULAR 2010 SHAHEIZY SAM

Keputusan telah diumumkan sebentar tadi bahawa pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 jatuh kepada SHAHEIZY SAM.!!Shaheizy sam merupakan antara calon yang disebut-sebut dalam senarai pemenang bintang popular selain Lisa surihani dan Fasha sandha.Dalam kenyataan ucapan shaheizy sam juga menyatakan terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza yang menarik diri daripada bertanding untuk calon bintang paling popular.wah,,syabas untuk shaheizy sam.
                                                                  macho gitu...:)
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Jumaat, 1 April 2011

Wah 10A???

salam...mak aii pinjam tisu sat..wah,,kagumnya aku ngn sorg kwn aku ni..Aku bru je knl ngn die dlm awal thun ni..

mase ari result aritu,,ade satu msj dr seseorg yg berbunyi:

"mu tau dop orm yg mu kate kt aku aritu die dpt brp
spm??die dpt 10A~~!kjut dh aku ni"


mase tu nak terbeliak biji mata aku ni bace msj dr czn aku ni,,bkn main nk ternganga mlut aku ni bce msj tuh..hah,,mmg ternganga dh pum.http://www.emocutez.com..ape2 pum aku nk ucp tahniah kt die sbb dpt straight a..
aku jga nk ucap tahniah kat besprend aku yang dpt 8A,,huhu,,aku syg gler pd mu tayam..hope cite2 die utk jd doktor trcapai.insyaallah..cume2 cite2 aku sdikit trtgguh..wahh,,sdihnya..http://www.emocutez.com..kalo aku blh ptr mase,,aku nk usaha hbs2an..hah,,terlebih suda..he2..maap2.http://www.emocutez.com..

okay stakat itu aja,,aku nk pegi geledah bantal aku n nk tumbuk2 die tnda lps grm,,heh,,,ok,stkt tu aja..http://www.emocutez.com
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...