L.o.v.e_U

Selasa, 19 April 2011

http://www.emocutez.com Kenapa mat rempit suka merempit?


Salam semua.

Hari ni aku nak bagi satu cerita sedikit.Cerita ni aku reka sendiri bagi memastikan moral of story sampai kepada semua.Jom bace nak~!

Si A  : Wei bro, jom la kiter lepak malam ni. Malam ni ade hadiah besar punyer kalo menang. Kau bukan tak
           tahu mamat poyo tu pandang kite camne??sebelah mata jer tahu.

Si B  : Ala kau ni. Malam ni tak boleh la. Parents aku ada kat rumah. Biase diorang mane nak ada kat rumah.
          Tetibe je ade kat rumah. Aku pun heran daa. Kang aku keluar semalaman aku kena pot pet.Adoii.

Si A  : Ek eleh lecehlah kau ni. Macam tu pun takut.Ko reka jelah citer paper pum. Yang penting malam ni
           kita mesti dapat jugak hadiah tu. RM8ribu tu. Pendek kata makan tak kenyang brader.

Si B  : 8 ribu??.Kau biar betul.Aku pun nak jugak.Eh ko jangan cakap camtu kat aku.Yelah nanti aku putar
          la.Beres bro,malam ni kite enjoy! Yahoo!!

Si C  : Haa..camtu lah baru cayook! Hahaha. Beres,malam ni geng kite buat yang terbaik punyer.cayalah!

***********************************************************************************

Tiba lah waktu yang dinanti-nantikan. Malam itu si A,B,dan C bukan main kepalang buat persiapan motorsikal mereka dengan menukar kepada enjin yang berkuasa tinggi. Beratus-ratus duit mereka habis sekadar untuk memebaiki motor mereka menjadi lebih baik.Nak diceritakan perlumbaan pada malam tu disertai oleh berpuluh-puluh mat rempit yang mahukan wang ganjaran tersebut.Perlumbaan itu bermula pada pukul 1pagi.Masa tu jalan raya tak se 'busy' waktu tengahari dan petang.Pendek kata perlumbaan pada malam tu berjalan lancar.Tiba-tiba masa si B nak memotong kereta datang sebuah lori dari arah yang bertentangan ke arah si B. Pemandu lori itu tidak sempat untuk menekan brek.Akhirnya si B jatuh tersungkur daripada motornya.Kepalanya berdarah dan badannya penuh berlumuran darah.Sesudahnya selepas beberapa orang ramai yang datang melihat akhirnya mendapati si B meninggal dunia. Subhanallah.

Jadi,pengajaran daripada kisah ini ialah:
* Sebagai anak kita janganlah bercakap bohong dengan ibu bapa kita.
* Janganlah sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata untuk mendapatkan wang.
* Kita seharusnya memilih siapa kawan kita supaya tidak terjebak dalam gejala negatif.
* Janganlah bersikap ego dan bangga diri kelak nikmat itu ditarik kembali.

Hah,panjang lebar 'moral' yang saya bagitau. Ape2 pum itu semua kita sudah tahu cuma sesetengah orang masih tidak menyedarinya. Sedarlah sebelum terlambat.Itu saja.Sekian.
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tenkiu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...