Assalamualaikum.
Malam tadi aryin rasa macam satu kepelikan melanda aryin.Pelik tu sebab dulu lain sekarang lain.yalah,manusia sentiasa ada perubahan.Cuma perubahan tu yang ke arah positif atau negative.Sebenarnya perasaan pelik ini telah lama melanda aryin,Cuma malam tadi aryin baru dapat satu kepastian yang ianya memang satu perkara yang selalu dilakukan olehnya.Bukan hendak berkata apa-apa,Cuma kita ni janganlah terlalu taksub dengan kecerdikan orang,kalau diri ini sendiri usaha tak seberapa.Saya tahu saya juga usaha tak seberapa sangat,tapi saya tak pernah terlalu taksub dengan kecerdikan seseorang.Walhal bff saya merupakan seorang diantara yang cemerlang di sekolah tapi saya tak pernah nak gunakan dia untuk tujuan meniru.lebih baik daripada dia yang selalu meniru dengan memasukkan buku atau nota atau tulisan di tangan ke dalam dewan.Cop,bukan hendak menuduh tapi benda ini telah dilihat sendiri oleh seseorang bahkan cikgu yang bertugas juga melihatnya.Sudah balik kepada cerita asal,ya memang aku lihat dia sangat baik semenjak dua menjak ni dan tak lupa juga seseorang yang tak berubah sejak dulu lagi,terasa ‘extraordinary person’ lah konon dengan kita.tak apa,sabar sahaja.yang penting allah akan sentiasa berada di sisi orang yang sabar.nak cerita panjang takut ada yang terbaca terguris hati.maaf dipinta walau bukan di hari raya,sebagai sahabat anda ingatlah kejayaan tak ditentukan dengan hanya bersikap terlalu memilih kecerdikan seseorang dan tak juga bahan-bahan yang ditiru semasa peperiksaan,tapi ditentukan dengan usaha dan doa yang diiringi dan mengiringi.Renung-renungkanlah.Senyum tak perlu kata apa-apa.Sekian.:)
KOMEN+LIKE+FOLLOW=I LIKE YOU DEAR.TQ~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tenkiu :)